BEBERAPA PANDUAN UTAMA PENYEDIAAN
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)
- RPH ialah dokumen penting yang mesti disediakan
sebelum pelaksanaan
pengajaran-pembelajaran.
- RPH mengandungi maklumat perancangan pengajaran
harian yang terdiri daripada:
- butiran asas: tarikh, tempoh/masa, tahun, bilangan murid,
tema, dan tajuk;
- huraian hasil pembelajaran: penyataan fokus utama dan aras serta
penyataan fokus sampingan dan aras;
- objektif: olahan penyataan eksplisit, khusus dan
konkrit berdasarkan HHP;
- sistem bahasa: pilihan beberapa aspek sistem bahasa;
- pengisian kurikulum: elemen-elemen nilai ilmu, nilai murni
(17 nilai), kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya, dan kemahiran
bernilai tambah (KBT);
- langkah-langkah
pengajaran-pembelajaran: penyataan pada tiga
lajur utama (isi pelajaran, aktiviti p-p, dan catatan). Lajur isi
biasanya dinyatakan dalam bentuk kata nama. Lajur aktiviti biasanya dalam
bentuk kata kerja. Lajur catatan biasanya memuatkan maklumat pengisian
kurikulum untuk mengingatkan guru agar tidak mengabaikan pengisian elemen
berkenaan.
3.
Dalam menyediakan RPH, guru perlu merujuk HSP tahun berkenaan,
Buku Teks dan Buku Panduan Guru (BPG) tahun berkenaan ,
kamus, buku tatabahasa dan sumber lain untuk memastikan
perancangan p-p tepat, jelas, dan lengkap.
Buku Teks dan Buku Panduan Guru (BPG) tahun berkenaan ,
kamus, buku tatabahasa dan sumber lain untuk memastikan
perancangan p-p tepat, jelas, dan lengkap.
4.
RPH juga perlu merealisasikan aspek-aspek strategi (pendekatan,
kaedah, dan teknik) p-p, konsep ”5P” dan konsep p-p bestari.
kaedah, dan teknik) p-p, konsep ”5P” dan konsep p-p bestari.
5.
RPH hendaklah menjelmakan/menzahirkan hasrat SP, HSP dan
aplikasi tatabahasa serta apresiasi sastera menerusi amalan
berkomunikasi (interpersonal, intrapersonal, mendengar dan bertutur),
aplikasi tatabahasa serta apresiasi sastera menerusi amalan
berkomunikasi (interpersonal, intrapersonal, mendengar dan bertutur),
membaca (ADD, MDD, MDK, komsas) dan
menulis (berkarya).
No comments:
Post a Comment