SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI...JOM KONGSI ILMU...

Tuesday, 24 July 2012

MEMBINA BBM `AKUARIUM NOMBOR`


MANUAL PENGHASILAN BAHAN BANTU MENGAJAR
“AKUARIUM NOMBOR”

Bahan-bahan yang digunakan ialah:
BIL
BAHAN
KUANTITI
1.
Kabus
1
2.
Tapak kotak air mineral
1
3.
Crepe paper
3 helai
4.
Magnet
3 papan
5.
Tali
2 meter
6.
Double tape
1
7.
Penyangkut baju
2 batang
8.
Gambar
Mengikut kesesuaian BBM
9.
Stiker nombor
1 set
10.
Kad manila
1 helai

Cara menyediakan “Akuarium Nombor”.
Ø  Cara membuat ikan bernombor.
1.    Cari gambar ikan dan guntingkan mengikut bentuk gambar tersebut.
2.    Gambar ikan dilekatkan di atas kad manila.
3.    Lekatkan stiker nombor di gambar ikan yang telah siap digunting.
4.    Tampal I biji magnet ni gambar dengan menggunakan double tape.
5.    Contoh gambar ikan yang sudah siap seperti dibawah:

                                               Ikan bernombor

Ø  Cara membuat akuarium.
1.    Potong kabus mengikut saiz tapak kotak yang sedia ada.
2.    Lekatkan ‘crepe paper’ pada kabus yang siap dipotong menggunakan ‘double tape’
3.    Cari dan potong gambar hidupan laut.
4.    Gamkan gambar tersebut pada kabus yang siap di balut dengan ‘crepe paper’.
5.    Cantum potongan kabus tersebut dengan tapak kotak.
6.    Contoh akuarium yang telah siap seperti dibawah:

  Rajah 2                           
                                           Akuarium nombor.


Ø  Cara membuat pancing.
1.    Ikat tali pada hujung penyangkut baju.
2.    Lekatkan magnet di hujung tali.
3.    Contoh pancing yang telah siap seperti dibawah:


           Rajah 3
                                            Pancing nombor.


MANUAL PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR
“AKUARIUM NOMBOR”

Bahan bantu mengajar ini sesuai dengan murid tahun satu hingga 3.
Cara- cara untuk menggunankan bahan bantu mengajar akuarium bernombor ialah:
1.    Guru akan memberi arahan kepada murid untuk memancing nombor.
2.    Murid akan memancing menggunakan pancing yang telah disediakan.
3.    Murid akan memancing satu per satu nomboe yang terdapat di dalam akuarium.
4.    Murid juga dikehendaki memancing operasi yang terdapat di dalam akuarium seperti tambah dan tolak.
5.    Murid akan menyusun nombor dan operasi. Sebagai contoh:
2 + 5 =
6.    Murid akan memancing jawapan bagi soalan yang telah disusun.
7.    Murid akan memancing lagi nombor lain yang terdapat di dalam akuarium.
8.    Langkah 1 hingga 5 diulang sehinggalah murid mahir menggunakan operasi tambah dan tolak.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment