SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI...JOM KONGSI ILMU...

Monday, 23 July 2012

Kandungan Modul Numerasi Tahun 2


KANDUNGAN MODUL GURU NUMERASI TAHUN 2



1 NOMBOR BULAT HINGGA 100
1.1       Menyebut nombor hingga 100.
Mengenal pasti angka hingga 100.

1.2       Membilang hingga 100 objek dengan membuat kumpulan sepuluh-sepuluh, lima-lima, dua-dua dan satu-satu.



1.3       Menulis angka hingga 100.
Membaca nombor dalam perkataan hingga 'seratus'.
Menulis nombor dalam perkataan hingga 'seratus'.

1.4       Mengenal pasti nilai tempat dan nilai digit bagi nombor hingga 'seratus'.

1.5       Menyusun nombor hingga 100:
a)        membilang satu-satu secara tertib menaik dan tertib menurun.
b)        membilang dua-dua secara tertib menaik dan tertib menurun.
c)        membilang lima-lima secara tertib menaik dan tertib menurun.
d)        membilang sepuluh-sepuluh secara tertib menaik dan tertib menurun.

1.6       Membandingkan dua nombor dan menyatakan yang mana lebih atau kurang.

1.7       Menyusun nombor mengikut urutan dengan:
a)        membandingkan nombor tersebut, dan
b)        meletakkan nombor tersebut pada garis nombor.

1.8       Menyebut nombor ordinal daripada ‘kesebelas’ hingga ‘kedua puluh’.
Menggunakan nombor ordinal dalam konteks yang berbeza.

2 TAMBAH DALAM LINGKUNGAN 100

2.1       Menambah dua nombor tanpa mengumpul semula bagi:
a)        nombor satu digit dengan nombor satu digit
b)        nombor dua digit dengan nombor satu digit
c)        nombor dua digit dengan nombor dua digit

2.2       Menambah dua nombor dengan mengumpul semula bagi:
a)        nombor dua digit dengan nombor satu digit
b)        nombor dua digit dengan nombor dua digit

2.3       Menambah tiga nombor satu digit.





2.4       Melengkapkan ayat matematik operasi tambah yang melibatkan dua nombor.

2.5       Menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi tambah dalam situasi harian.

3 TOLAK DALAM LINGKUNGAN 100

3.1       Menolak sebarang dua nombor tanpa mengumpul semula melibatkan:
a)        nombor satu digit daripada nombor satu digit
b)        nombor satu digit daripada nombor dua digit
c)        nombor dua digit daripada nombor dua digit

3.2       Menolak sebarang dua nombor dengan mengumpul semula melibatkan:
a)        nombor satu digit daripada nombor dua digit
b)        nombor dua digit daripada nombor dua digit

3.3       Menolak sebarang tiga nombor satu digit.

3.4       Melengkapkan ayat matematik operasi tolak yang melibatkan dua nombor.

3.5       Menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi tolak dalam situasi harian.

 4 DARAB

4.1      
(a)  Membina dan menyebut kumpulan sama banyak menggunakan:
a)        bahan konkrit
b)        gambar
c)        garis nombor

     Menulis ayat matematik tambah berulang:
a)        dua-dua
b)        lima-lima
c)        sepuluh-sepuluh
d)        empat-empat

(b)   Memperkenalkan simbol darab dan sama dengan:
a)        mengguna dan mempelbagaikan perbendaharaan kata yang relevan dalam konteks darab.
b)        menulis simbolnya.
c)        menggunakan simbol bagi menulis ayat matematik berdasarkan situasi yang diberi.

     Menulis ayat matematik darab apabila diberi kumpulan dua-dua, lima-lima,  
     sepuluh-sepuluh dan empat-empat berbantukan:
a)        objek
b)        gambar
c)        garis nombor

(c) Menulis operasi darab yang sama jawapannya dengan operasi darab yang
      diberi dengan mengubah susunan nombor yang didarabkan.

4.2      
(a)       Membina sifir dua, lima, sepuluh dan empat dengan berpandukan:
a)        objek konkrit
b)        gambar
c)        garis nombor

(b)       Menentukan nilai bagi sifir satu dan sifir sifar.
UNIT TAJUK CATATAN P&P BB
(c)       Melengkapkan ayat matematik darab yang melibatkan sifir dua, lima, s   epuluh, empat, satu dan sifar.

4.3       Menyatakan secara spontan sifir dua, lima, sepuluh, empat, satu dan sifar mengikut:
a)        tertib menaik
b)        rawak
c)        salah satu daripada dua nombor yang didarab untuk memberi hasil darab tertentu.

4.4       Menggunakan sifir dua, lima, sepuluh dan empat bagi:
a)        mereka cipta cerita berdasarkan ayat matematik darab yang diberi.
b)        menyelesaikan masalah harian yang melibatkan pendaraban dua nombor.

5 BAHAGI
5.1      
(a)       Mengkelaskan kepada kumpulan dua-dua, lima-lima, sepuluh-sepuluh dan empat-empat dengan menyatakan kumpulan yang diperoleh dengan menggunakan:
a)        objek
b)        gambar
c)        garis nombor

(b)       Memperkenalkan simbol bahagi dan sama dengan:
a)        menguna dan mempelbagaikan perbendaharaan kata yang relevan dalam konteks bahagi.
b)        menulis simbolnya.
c)        menggunakan simbol bahagi dan sama dengan bagi menulis ayat matematik berdasarkan situasi yang diberi.
UNIT TAJUK CATATAN P&P BB
c)        Menulis ayat matematik berdasarkan aktiviti:
a)        pengumpulan
b)        pengongsian
c)        tolak berturut-turut
d)        songsangan operasi darab

5.2
(a)       Membentuk ayat matematik yang melibatkan pembahagian dengan dua, lima, sepuluh dan empat berpandukan:
a)        objek konkrit
b)        gambar
c)        garis nombor

(b)       Menentukan nilai bagi pembahagian dengan satu dan sifar.
(c)       Melengkapkan ayat matematik bahagi yang melibatkan sifir dua, lima, sepuluh, empat, satu dan sifar.

5.3       Menyatakan secara spontan pembahagian dengan dua, lima, sepuluh, empat, satu dan sifar mengikut:
a)        tertib menaik
b)        rawak
c)        salah satu daripada dua nombor yang dibahagi untuk memberi hasil bahagi tertentu dalam pembahagian apabila disoal

5.4       Menggunakan pembahagian dengan dua, lima, sepuluh dan empat bagi:
a)        mereka cipta cerita berdasarkan ayat matematik bahagi yang diberi.
b)        menyelesaikan masalah harian yang melibatkan pembahagian dua nombor.
UNIT TAJUK CATATAN P&P BBM
 6 WANG HINGGA RM100

6.1       Menyatakan nilai wang dalam ‘RM’ dan 'sen'.
6.2       Menukarkan wang kertas sehingga RM100.
6.3       Menambah wang sehingga RM100.
6.4       Menolak wang sehingga RM100.
6.5       Menyelesaikan masalah yang melibatkan wang dalam situasi harian.

7 MASA DAN WAKTU
7.1       Menyatakan waktu dalam gandaan lima minit.
Menuliskan waktu dalam gandaan lima minit.

7.2       Menggunakan unit bagi waktu dan mengetahui hubungan di antara:
a)        jam dan minit, dan
b)        hari dan jam

7.3       Menyelesaikan masalah yang melibatkan waktu dalam situasi harian.

8 UKURAN PANJANG


8.1       Menggunakan perbendaharaan kata yang berkaitan dengan panjang dalam konteks amalan.
8.2       Membandingkan panjang dua objek melalui perbandingan secara langsung.
8.3       Mengukur panjang objek menggunakan unit bukan piawai.
8.4       Mengukur panjang objek menggunakan unit piawai ‘meter’.

9 JISIM

9.1       Menggunakan perbendaharaan kata yang berkaitan dengan jisim dalam konteks amalan.
9.2       Membandingkan jisim dua objek melalui perbandingan secara langsung.
9.3       Menentukan jisim objek menggunakan unit bukan piawai.
9.4       Menentukan jisim objek menggunakan unit piawai ‘kilogram’.

10 ISIPADU CECAIR

10.1     Menggunakan perbendaharaan kata yang berkaitan dengan isipadu dalam konteks amalan.
10.2     Membandingkan isipadu bagi dua cecair melalui perbandingan secara langsung.
10.3     Menyukat isipadu cecair menggunakan unit bukan piawai.
10.4     Menyukat isipadu cecair menggunakan unit piawai ‘liter’.

11 BENTUK TIGA DIMENSI (3D)

11.1     Mengenal pasti bentuk tiga dimensi yang kelihatan secara keseluruhannya.
11.2     Membandingkan dan mengkelaskan bentuk tiga dimensi berdasarkan ciri-cirinya.
11.3     Melabelkan bahagian-bahagian pada bentuk tiga dimensi.
11.4     Mengenal pasti bentuk tiga dimensi berdasarkan huraian.

12 BENTUK DUA DIMENSI (2D)

12.1     Mengenal pasti bentuk dua dimensi yang kelihatan secara keseluruhannya.
12.2     Membandingkan dan mengkelaskan bentuk dua dimensi berdasarkan ciri-cirinya.
12.3     Melabelkan bahagian-bahagian pada bentuk dua dimensi.
12.4     Mengenal pasti bentuk dua dimensi berdasarkan huraian.

No comments:

Post a Comment