DARI IPGM KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA
Wednesday, 25 July 2012
KAEDAH MEMBACA
KAEDAH ABJAD
Kaedah
abjad merupakan kaedah yang telah lama dipraktikkan oleh guru-guru sebelum
kaedah-kaedah lain diperkenalkan.
Sekarang kaedah ini sudah jarang diamalkan oleh guru-guru.
Mengikut
kaedah ini murid-murid diajarkan ke semua 26 abjad dari a hingga z.
Murid-murid
dikehendaki mengenal bentuk-bentuk huruf itu mengikut susunannya.
Murid-murid
diajar mengeja perkataan dengan menyebut nama
huruf-huruf yang terkandung di dalam satu-satu perkataan.
Ringkasnya
pendekatan kaedah ini adalah seperti berikut:
LANGKAH
1
|
:
|
Memperkenalkan
keseluruhan huruf abjad mengikut urutannya a, b, c, d hingga z.
|
LANGKAH
2
|
:
|
Memperkenalkan
huruf vokal a, e, i, o, u
|
LANGKAH
3
|
:
|
Membina
sukukata iaitu menggabungkan huruf konsonan dengan huruf vokal –
ba,
bi, bu, be, bo, be
ca,
ci, cu, ce, co, ce
|
LANGKAH
4
|
:
|
Menggabungkan
sukukata untuk membina perkataan yang mudah-mudah dari dua hingga tiga
sukukata.-
ba
+ ju = baju
pa
+ su = pasu
Biasanya
murid-murid membaca dengan mengeja dan membunyikan sukukata sebelum menyebut
seluruh perkataan.
|
LANGKAH
5
|
:
|
Membaca
ayat-ayat pendek / membaca buku teks.
Ini juga sering dilakukan secara mengeja.
|
KEBAIKANNYA:
1.
Mengenal
nama huruf
2.
Rentetan
perkembangan orientasi dari kiri ke kanan.
3.
Murid-murid
mahir mengeja setelah dilatihtubi.
KEBURUKANNYA:
1.
Rentetan
abjad (a, b, c, d, ……. z) mengelirukan.
Contoh: ‘b’ dan ‘d’ berdekatan bunyi
dan bentuknya seakan-akan serupa.
2.
Murid
hilang minat sebab tumpuan hanya kepada abjad.
3.
Fahaman
langsung tidak dihiraukan kerana mementingkan ejaan dan sebutan.
KAEDAH PANDANG DAN SEBUT
Kaedah ini
mengunakan pendekatan iaitu memperkenalkan seluruh perkataan kepada
murid-murid. Pemeringkatannya ialah:
LANGKAH 1
|
:
|
Diperkenalkan
perkataan yang disertakan dengan gambarnya sekali.
atau
Mula-mula
murid ditunjukkan gambar kemudian beralih kepada perkataan. Biasanya murid-murid menunjuk perkataan
‘buku’ dengan jarinya dari b – u sambil berkata ‘buku’.
|
||||||||
LANGKAH 2
|
:
|
Murid-murid
diperkenalkan dengan dua perkataan yang mudah-mudah. Contoh:
|
||||||||
LANGKAH 3
|
:
|
Murid-murid
dilatih membaca ayat-ayat pendek dengan menggunakan perkataan-perkataan yang
telah dipelajari oleh mereka. Di
samping itu dimasukkan perkataan baru.
Contoh:
|
KEBAIKANNYA:
1.
Mementingkan
makna sejak awal lagi.
2.
Menarik
minat kerana bahan-bahan yang disampaikan mempunyai makna.
KEBURUKANNYA:
1.
Bacaan
murid terhad kepada ayat / perkataan yang telah diajar sahaja.
2.
Huruf
tidak dititikberakan.
3.
Ejaan
tidak diberatkan – sukar mengetahui perkataan baru.
4.
Murid
menunggu arahan dan bergantung kepada guru.
KAEDAH
GABUNGAN (BUNYI)
Kaedah
ini merupakan satu pembaharuan dari kaedah abjad. Kaedah ini menggabungkan terus kaedah fonik
dan kaedah seluruh perkataan dan ayat.
Dalam
kaedah abjad, murid diperkenalkan dulu kesemua huruf abjad dan vokal sebelum
membaca sukukata dan perkataan, manakala dalam kaedah gabungan pula, murid
diajar bunyi beberapa huruf vokal dan konsonan.
Selepas itu terus membina sukukata dan perkataan. Daripada perkataan-perkataan itu dijadikan
ayat-ayat pendek. Dengan cara ini dalam jangka masa yang singkat sahaja, murid
boleh terus membaca.
PENDEKATANNYA:
LANGKAH 1
|
:
|
Memperkenalkan
bunyi dua atau tiga bunyi vokal:
a, i, u
|
LANGKAH 2
|
:
|
Memperkenalkan
dua atau tiga bunyi konsonan:
b,d, p
|
LANGKAH 3
|
:
|
Menggabungkan
huruf vokal dengan konsonan untuk membina bunyi sukukata:
ba,
bi, bu
da,
di, du
pa,
pi, pu
|
LANGKAH 4
|
:
|
Menggabungkan
bunyi vokal dengan sukukata untuk membina perkataan:
a + bu =
abu
a + da = ada
i + bu = ibu
|
LANGKAH 5
|
:
|
Menggabungkan
bunyi sukukata-sukukata untuk membina perkataan:
ba + ba = baba
ba + pa = bapa
da + da = dada
pi + pi
= pipi
|
LANGKAH 6
|
:
|
Menggabungkan
perkataan-perkataan yang telah dibina untuk membina ayat-ayat mudah:
abu ada ibu
abu
ada bapa
abu ada pipi
|
KAEDAH
EKLEKTIK (KAEDAH CAMPURAN)
Kaedah
ini adalah hasil campuran beberapa kaedah.
Kaedah ini menggunakan pendekatan ‘ pencerakinan’ dan ‘ pembinaan’.
LANGKAH
1
|
:
|
|
||||
LANGKAH
2
|
:
|
|
||||
LANGKAH
3
|
:
|
Murid
dilatih menyebut sukukata dari perkataan itu:
|
||||
LANGKAH
4
|
:
|
Daripada
perkataan buku itu dipecahkan pula kepada huruf-huruf abjad: b +
u + k + u = buku
|
||||
LANGKAH
5
|
:
|
Setelah
murid-murid dapat menguasai bunyi beberapa sukukata, mereka dilatih pula
membina perkataan lain daripada sukukata-sukukata yang telah mereka pelajari.
|
||||
LANGKAH
6
|
:
|
Murid-murid
dilatih membaca ayat-ayat pendek iaitu berdasarkan perkataan-perkataan yang
telah mereka pelajari.
|
KAEDAH
|
|
|
PANDANG DAN SEBUT
|
|
|
PERKATAAN
|
|
buku
|
|
|
|
SUKUKATA
|
|
bu + ku
|
|
|
|
KAEDAH ABJAD
|
|
b + u + k + u
|
BACAAN
BERPERINGKAT (BACAN BERGRED)
Panduan
menyediakan Buku Bacaan Berperingkat:
A. FORMAT
1. Buku
itu kecil, tidak terlalu tebal dan mudah dipegang. Saiz buku
dicadangkan tidak lebih daripada 100
cm X 100 cm dan tebalnya lebih kurang ½ cm.
2. Gambarnya
jelas, mudah difahami, berwarna serta menarik hati. Kepada
murid-murid yang lambat dan tidak
boleh membaca, gambar-gambar itulah yang memberikan erti serta menarik minat.
3. Mutu
kertas adalah jenis yang baik supaya kesan tulisan dan gambar-
gambarnya kemas, jelas dan
terang. Adalah dicadangkan supaya
digunakan kertas ‘sebam’ (tidak licin dan berkilat).
4. Kulit luar buku itu juga perlu kukuh,
menarik dan tidak mudah kotor dan luntur warnanya. Ia harus dibalut dengan kertas plastic atau
kertas kilat.
5. Gunakan tulisan jenis ‘Century Gothic’ dan saiznya terkawal.
B. ISI KANDUNGAN
1. Perkataan yang dipilih adalah dalam
pengalaman murid. Pemilihan dibuat
dengan teliti, dikawal dan diperingkatkan.
2. Tiap-tiap perkataan yang diperkenalkan
kali pertama dalam buku itu disebut ‘PERKATAAN BARU’ (New Word)
3. Jumlah semua ‘perkataan baru’ menjadi
‘JUMLAH PERKATAAN YANG DIGUNAKAN’ (Running Words).
4. ‘Perkataan Yang Digunakan’ diulang
beberapa kali inilah yang menjadi jumlah kesemua perkataan dalam buku itu.
5. Nisbah perulangan perkataan dalam
sesebuah buku berperingkat hendaklah tidak kurang daripada 1 : 10 dan
semolek-moleknya tidak melebihi nisbah 1 : 15.
PERINGKAT 1
- BUKU 1 (Buku Pengenalan)
Buku
pengenalan adalah merupakan buku-buku yang mengandungi aktiviti-aktiviti ke
arah
memberikan kesediaan. Peringkat
kesediaan membaca ini merangkumi aspek-aspek perkembangan kemahiran mendengar
dan bertutur, perkembangan motor, diskriminasi penglihatan dan pendengaran,
pembinaan konsep serta kebolehan untuk menumpukan perhatian.
Di
antara aktiviti untuk kesediaan membaca ialah:
(a)
aktiviti
yang menggalakkan kanak-kanak bertutur, berbincang dan bertukar-tukar fikiran
….. ringkasnya aktiviti-aktiviti yang boleh membantu kanak-kanak menambah
perbendaharaan katanya.
(b)
aktiviti-aktiviti
yang memerlukan laku tangan seperti mengoyak, menggentel, melukis, menguli,
menggunting, menganyam, menekap, menampal, menyusun, melukis dan
sebagainya. Dengan ini, rasa ingin tahu,
minat serta tumpuan perhatian kanak-kanak dapat dirangsang dan dikekalkan.
(c)
aktiviti-aktiviti
yang berkait rapat dengan kemahiran
membaca dan menulis seperti menyalin, melorek, memadankan, mengumpul,
melengkapkan dan membuat turutan atau memahami urutan.
Dengan
berasaskan ketiga-tiga aspek di atas, aktiviti-aktiviti tersebut boleh juga
dikategorikan kepada jenis-jenis berikut:
i.
aktiviti
untuk diskriminasi penglihatan:
-
mana
yang sama
-
mana
yang berbeza
-
susunkan
mengikut saiz
-
lengkapkan
-
orientasi
kedudukan dalam ruang
-
suaikan
ii.
aktiviti
untuk diskriminasi pendengaran:
-
bezakan
bunyi (kenderaan, binatang, benda-benda)
-
padankan
bunyi yang sama
iii.
aktiviti
untuk keselarasan (koodinasi) mata-tangan:
-
melukis
benda / mewarna bentuk
-
melengkapkan
gambar
-
pergerakan
kiri ke kanan
-
mazing
(mencari jalan keluar)
iv.
aktiviti
untuk menyalin dan menekap:
-
lukis
dengan jari: garisan tegak, melintang, codong, melengkung, bulatan dan
lain-lain.
-
asas
bentuk huruf abjad
-
bunyi
huruf vokal dan konsonan
v.
aktiviti
suaikan
-
huruf,
sukukata, perkataan
vi.
aktiviti
ingat kembali
-
ingat
kembali penglihatan
-
ingat
kembali pendengaran
vii. aktiviti
berkaitan dengan bentuk perkataan (configuration)
PERINGKAT 2 –
BUKU 11
Merujuk
kepada buku-buku pengenalan (Buku I) khususnya buku-buku aktiviti yang mirip
kepada pengenalan bentuk-bentuk dan bunyi-bunyi vokal dan konsonan bergambar
yang telah disediakan dan didedahkan kepada kanak-kanak, kita akan dapat
menentukan beberapa senarai perbendaharaan kata yang boleh digunakan untuk menyediakan
buku-buku peringkat kedua ini.
Kita
dapati tiap-tiap perkataan yang digunakan dalam buku pengenalan itu mempunyai
bentuknya (configuration)
tersendiri. Bila perkataan itu dilihat,
kanak-kanak akan mengingat dan menghubungkannya dengan makna (berdasarkan atau
berpandukan gambar-gambar yang disertakan).
Apabila kanak-kanak telah diberi cukup latihan untuk mendapatkan
kemahiran mengenal atau mengecam perkatan-perkataan itu, ia akan boleh membaca
sendiri.
Dengan
memilih perkataan-perkataan yang terkawal tadi, kita bolehlah menyediakan
beberapa buah bacaan peringkat kedua.
Misalnya:
Perkataan yang telah dipilih itu
ialah:
bola, baju,
biru, bapa, saya, ini
dari senarai perkataan itu kita
dapati terdiri daripada beberapa sukukata seperti:
ba, bi,
bo,
sa,
ni, ru,
ya,
pa,
sementara vokal yang terlibat pula
ialah ‘a’, ‘i’,
‘u’, dan ‘o’
dari senarai perkataan yang telah
dipilih itu, bolehlah disediakan beberapa muka surat
untuk bacaan kanak-kanak di mana
tiap-tiap muka surat
itu mengandungi pemeringkatan satu huruf / sukukata / perkataan bergambar
dengan diikuti oleh beberapa ayat mudah seperti:
ini
bola
ini
baju
ini
bola saya
ini
baju bapa
ini
bola biru
ini
baju biru
bola
saya biru
baju
bapa biru
baju
bapa saya biru
dan sebagainya
PERINGKAT
3 – BUKU III DAN LANJUTAN
Dengan berpandukan beberapa buah buku
peringkat kedua, sewajarnya kita akan dapat pula menentukan bukan sahaja
senarai perbendarahaan kata yang telah didedahkan, bahkan juga boleh pula
mengambangkan untuk menghasilkan beberapa buah lagi diperingkatkan mengikut
jumlah perkataan yang terlibat atau topik-topik yang tertentu – yang
bersesuaian dengan kebolehan, minat dan objektif pengajaran di dalam
kelas.
Selain daripada menyediakan buku-buku
yang berlandaskan senarai perbendaharan kata yang terdapat di dalam buku-buku
awal, kita juga boleh menyediakan beberapa buku lain yang mengandungi
bahan-bahan seperti cerita, berita, penerangan, pantun, puisi, teka-teki dan
sebagainya mengikut tahap-tahap kemampuan murid untuk membaca dan memahaminya.
MASALAH-MASALAH
DALAM BACAAN.
Kemahiran yang patut ada pada
kanak-kanak:
1. Kenal bentuk
huruf
2. Tahu bunyi
huruf
3. Tahu nama
huruf
Masalah yang dihadapi oleh
kanak-kanak:
a. Bentuk huruf
Huruf kecil yang seakan-akan sama
bentuknya.
Contohnya :
a
– o
|
c
- e
|
n
- m
|
n
- h
|
n
– r
|
f
– t
|
r
– t
|
i
– j
|
b
– p
|
y
– g
|
g
- q
|
|
|
|
Huruf terbalik.
Contohnya :
b
– d
|
p
– q
|
u
– n
|
m
- w
|
b. Bunyi huruf
yang seakan-akan sama
Contohnya:
t
- d
|
b
– p
|
n
– m
|
j
– g
|
s
– c
|
s
– z
|
i
- e
|
Konsonan bergabung (DIGRAPH)
Contohnya:
ny
|
ng
|
sy
|
kh
|
c. Keliru nama-nama
huruf yang seakan-akan sama bentuk:
Contohnya :
y
– g
|
s
– z
|
f
- t
|
|
Menyebut nama-nama huruf mengikut
telor bahasa ibunda
Contohnya :
o
– wo
|
i
– yel
|
m
– yem
|
r
– ar
|
z
- jed
|
HURUF
BESAR
a. Bentuk huruf
yang seakan-akan sama
Contohnya :
D
– B
|
I
– L
|
N
– M
|
E
– F
|
J
– T
|
O
- Q
|
|
Huruf
terbalik
Contohnya:
Z
– N
|
W
– M
|
T
- L
|
Keliru menamakan huruf besar dan huruf kecil kerana bentuk yang
berubah
Contohnya :
A
– a
|
B
– b
|
D
– d
|
E
– e
|
G
– g
|
R
- r
|
|
PERINGKAT SUKU
KATA
a. Tidak boleh
mengadun/ membatang sukukata terbuka/ tertutup
Contohnya :
pin/tu
|
ting/kap
|
ar/nab
|
an/jing
|
te/lur
|
b. Keliru
membunyikan sukukata yang melibatkan
‘e’taling/pepet
Contohnya :
sepak
- sepak
|
perang
- perang
|
c. Tidak
membunyikan perkataan dengan betul setelah mengeja/membatang
Sukukata.
Contohnya:
gali
– jali
|
buku
– kubu
|
makan
- ikan
|
d. Salah
memecahkan / membatang sukukata.
Contohnya:
langit
– lan/git
|
bunga
– bun/ga
|
e. Tidak boleh
membunyikan sukukata vk di awal perkataan
Contohnya:
arnab
|
anjing
|
unta
|
empat
|
f. Tidak boleh
membatang perkataan yang mengandungi banyak suku kata
Contohnya:
sekolah
|
selekoh
|
belalang
|
bertumbuk
|
g. Keliru
membatang perkataan yang mengandungi DIFTONG/Vokal
berganding.
Contohnya:
main
|
buih
|
jauh
|
lalai
|
surau
|
h. Tidak boleh
membunyikan perkataan yang mengandungi digraph di awal
Contohnya:
nyamuk
|
nyanyi
|
syarat
|
nganga
|
nyonya
|
i. Tidak boleh
membatang sukukata yang melibatkan imbuhan ‘me’
Contohnya :
men- menyala
|
me- memakai
|
mem- membeli
|
meng- menggali
|
KESUKARAN
DALAM PENGAMATAN KE ARAH BACAAN
Kemahiran-kemahiran
yang patut ada ialah:
Menyebut
perkataan dengan betul dan lancar tanpa MENGUBAH,
MENGGANTIKAN,
MENAMBAH
Masalah
yang dihadapi:
1.
Boleh
mengeja tetapi tidak boleh membunyikan.
2.
Mengeja
sebelum membaca.
3.
Boleh
membatang sukukata tetapi gagal menyebut
perkataan.
4.
Menggantikan
bunyi sukukata dalam perkataan.
5.
Menggugurkan
bunyi-bunyi sukukata dalam perkataan.
Contohnya: kerana – kena, bahagi
– bagi
6.
Salah
menyebut perkatan yang seakan-akan rupanya.
Contohnya: sekolah - selekoh
pada - bapa
kelapa - kepala
rumput - rambut
7.
Keliru
ejaan Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris.
Contohnya: cat - ket
jam - jem
air - er
8.
Salah
menyebut / membunyikan perkataan yang seakan-akan sama.
Contohnya: lari - jari
duri - turi
dalam - talam
9.
Menyebut
perkataan mengikut loghat.
Contohnya: cawan - cawang
air - ayer
rumah - ruma
ambil - ambik
GANTIAN
Kelemahan
ini ialah kelemahan dalam mengenal kedudukan huruf atau sukukata dalam
perkataan dan membuat kesilapan pandangan.
Selalunya pada pangkal, tengah atau hujung perkataan.
Contoh: padat -
dapat, bahagi - bagi, seluar -
selalu
simpan
- sampai, percakapan - cakap
TERTINGGAL
Kelemahan
ini mungkin disebabkan kesilapan pandangan, pengecaman yang kurang tepat atau
tajam.
Contoh: Saya
suka main bola … saya main bola.
Emak pergi ke pasar
membeli ikan … Emak pergi pasar beli
ikan.
PEMBALIKAN
PERKATAAN
Kelemahan
ini disebabkan oleh kelemahan pergerakan mata dari kiri ke kanan dan kurangnya
tumpuan perhatian pada perkataan yang dilihat.
Mungkin juga kelemahan ini berpunca dari otot-otot mata yang kurang
menguasai pergerakan mata, lantaran masih kurang matang.
Contoh
pembalikan: saku -
suka, besar - beras, luka - laku
MENGULANG
Di
antara sebab-sebab berlakunya ialah:
I. Lambat
mengenal huruf
II. Tidak tahu
membunyikan sukukata
III. Lambat
mengecam perkataan
IV. Lambat pergerakan
mata
V. Mengeja
perkataan mengikut sukukata
VI. Tidak tahu
membatang sukukata
VII. Gagal memahami
bahan bacaan
VIII. Mengalami
perasaan takut/gugup
MERANGKAK
Kelemahan
ini timbul apabila kanak-kanak mengambil masa untuk melihat tiap-tiap perkataan
satu persatu, tiap-tiap sukukata satu persatu dan tiap-tiap huruf satu persatu
hingga melambatkan bacaannya.
Kadang-kadang
mereka mengambil masa untuk mengeja mengikut bunyi sukukata-sukukata yang
terlibat barulah menyebut perkataan itu seluruhnya.
Contohnya:
Saya ada baju baru
Es ay (sa) wai ay(ya) a (say a )
Ay(a) di ay (da) ( ada)
Bi ay (ba) jay yu(ju) ( baju)
Bi ay (ba) ar yu( ru)(baru)
(saya ada baju baru
Membaca
mengikut loghat
Contohnya
: Kucing suka makan ikan
- Kucing suka making ikang.
Subscribe to:
Posts (Atom)