SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI...JOM KONGSI ILMU...

Wednesday 25 July 2012




LAWATAN PENANDA ARAS
DARI IPGM KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA

KAEDAH MEMBACA


KAEDAH ABJAD

Kaedah abjad merupakan kaedah yang telah lama dipraktikkan oleh guru-guru sebelum kaedah-kaedah lain diperkenalkan.  Sekarang kaedah ini sudah jarang diamalkan oleh guru-guru.

Mengikut kaedah ini murid-murid diajarkan ke semua 26 abjad dari a hingga z.

Murid-murid dikehendaki mengenal bentuk-bentuk huruf itu mengikut susunannya.

Murid-murid diajar mengeja perkataan dengan menyebut nama  huruf-huruf yang terkandung di dalam satu-satu perkataan.

Ringkasnya pendekatan kaedah ini adalah seperti berikut:

LANGKAH 1
:
Memperkenalkan keseluruhan huruf abjad mengikut urutannya a, b, c, d hingga z.
LANGKAH 2
:
Memperkenalkan huruf vokal a, e, i, o, u
LANGKAH 3
:
Membina sukukata iaitu menggabungkan huruf konsonan dengan huruf vokal –
ba, bi, bu, be, bo, be
ca, ci, cu, ce, co, ce
LANGKAH 4
:
Menggabungkan sukukata untuk membina perkataan yang mudah-mudah dari dua hingga tiga sukukata.-
ba + ju = baju
pa + su = pasu
Biasanya murid-murid membaca dengan mengeja dan membunyikan sukukata sebelum menyebut seluruh perkataan.
LANGKAH 5
:
Membaca ayat-ayat pendek / membaca buku teks.  Ini juga sering dilakukan secara mengeja.

KEBAIKANNYA:          
1.            Mengenal nama huruf
2.            Rentetan perkembangan orientasi dari kiri ke kanan.
3.            Murid-murid mahir mengeja setelah dilatihtubi.

KEBURUKANNYA:
1.            Rentetan abjad (a, b, c, d, ……. z) mengelirukan.
Contoh: ‘b’ dan ‘d’ berdekatan bunyi dan bentuknya seakan-akan serupa.
2.            Murid hilang minat sebab tumpuan hanya kepada abjad.
3.            Fahaman langsung tidak dihiraukan kerana mementingkan ejaan dan sebutan.



KAEDAH PANDANG DAN SEBUT

Kaedah ini mengunakan pendekatan iaitu memperkenalkan seluruh perkataan kepada
murid-murid.  Pemeringkatannya ialah:

LANGKAH 1
:
Diperkenalkan perkataan yang disertakan dengan gambarnya sekali.


buku

 

buku

 
Contoh:

                                   atau
                  
                                    

Mula-mula murid ditunjukkan gambar kemudian beralih kepada perkataan.  Biasanya murid-murid menunjuk perkataan ‘buku’ dengan jarinya dari b – u sambil berkata ‘buku’.
LANGKAH 2
:
Murid-murid diperkenalkan dengan dua perkataan yang mudah-mudah. Contoh:
Ini buku.
Buku Ali
Buku merah
 
 


LANGKAH 3
:
Murid-murid dilatih membaca ayat-ayat pendek dengan menggunakan perkataan-perkataan yang telah dipelajari oleh mereka.  Di samping itu dimasukkan perkataan baru. 
Contoh:
Ini buku..
Ini buku Ali.
Buku ini merah.
Buku Ali merah.
Ali ada buku merah.
 
 







KEBAIKANNYA:
1.                            Mementingkan makna sejak awal lagi.
2.                            Menarik minat kerana bahan-bahan yang disampaikan mempunyai makna.

KEBURUKANNYA:
1.            Bacaan murid terhad kepada ayat / perkataan yang telah diajar sahaja.
2.            Huruf tidak dititikberakan.
3.            Ejaan tidak diberatkan – sukar mengetahui perkataan baru.
4.            Murid menunggu arahan dan bergantung kepada guru.



KAEDAH GABUNGAN (BUNYI)

Kaedah ini merupakan satu pembaharuan dari kaedah abjad.  Kaedah ini menggabungkan terus kaedah fonik dan kaedah seluruh perkataan dan ayat.

Dalam kaedah abjad, murid diperkenalkan dulu kesemua huruf abjad dan vokal sebelum membaca sukukata dan perkataan, manakala dalam kaedah gabungan pula, murid diajar bunyi beberapa huruf vokal dan konsonan.  Selepas itu terus membina sukukata dan perkataan.  Daripada perkataan-perkataan itu dijadikan ayat-ayat pendek. Dengan cara ini dalam jangka masa yang singkat sahaja, murid boleh terus membaca.

PENDEKATANNYA:
LANGKAH 1
:
Memperkenalkan bunyi dua atau tiga bunyi vokal:

a, i, u

LANGKAH 2
:
Memperkenalkan dua atau tiga bunyi konsonan:

b,d, p

LANGKAH 3
:
Menggabungkan huruf vokal dengan konsonan untuk membina bunyi sukukata:
ba,  bi,  bu
da,  di,  du
pa,  pi,  pu

LANGKAH 4
:
Menggabungkan bunyi vokal dengan sukukata untuk membina perkataan:
a +  bu = abu
a + da = ada
i + bu = ibu

LANGKAH 5
:
Menggabungkan bunyi sukukata-sukukata untuk membina perkataan:
ba + ba = baba
ba + pa = bapa
da + da = dada
pi  +  pi  =  pipi

LANGKAH 6
:
Menggabungkan perkataan-perkataan yang telah dibina untuk membina ayat-ayat mudah:
abu ada ibu
    abu ada bapa
abu ada pipi

           


KAEDAH EKLEKTIK (KAEDAH CAMPURAN)

Kaedah ini adalah hasil campuran beberapa kaedah.  Kaedah ini menggunakan pendekatan ‘ pencerakinan’ dan ‘ pembinaan’.

LANGKAH 1
:

buku

 
Murid diperkenalkan dengan perkataan yang disertakan dengan gambarnya.





LANGKAH 2
:
buku
 
Selepas murid-murid diperkenalkan dengan beberapa perkataan bergambar, diperkenalkan pula perkataan tanpa gambar iaitu dengan menggunakan kad imbasan.


LANGKAH 3
:
Murid dilatih menyebut sukukata dari perkataan itu:
buku    =     bu + ku
 
 



LANGKAH 4
:
Daripada perkataan buku itu dipecahkan pula kepada huruf-huruf abjad:  b + u + k + u = buku
LANGKAH 5
:
Setelah murid-murid dapat menguasai bunyi beberapa sukukata, mereka dilatih pula membina perkataan lain daripada sukukata-sukukata yang telah mereka pelajari.
LANGKAH 6
:
Murid-murid dilatih membaca ayat-ayat pendek iaitu berdasarkan perkataan-perkataan yang telah mereka pelajari.


KAEDAH


PANDANG DAN SEBUT



PERKATAAN


buku




SUKUKATA


bu + ku




KAEDAH ABJAD


b + u + k + u






BACAAN BERPERINGKAT (BACAN BERGRED)

Panduan menyediakan Buku Bacaan Berperingkat:

A.         FORMAT
            1.         Buku itu kecil, tidak terlalu tebal dan mudah dipegang. Saiz buku
dicadangkan tidak lebih daripada 100 cm X 100 cm dan tebalnya lebih kurang ½ cm.
            2.         Gambarnya jelas, mudah difahami, berwarna serta menarik hati. Kepada
murid-murid yang lambat dan tidak boleh membaca, gambar-gambar itulah yang memberikan erti serta menarik minat.
            3.         Mutu kertas adalah jenis yang baik supaya kesan tulisan dan gambar-
gambarnya kemas, jelas dan terang.  Adalah dicadangkan supaya digunakan kertas ‘sebam’ (tidak licin dan berkilat).
4.         Kulit luar buku itu juga perlu kukuh, menarik dan tidak mudah kotor dan luntur warnanya.  Ia harus dibalut dengan kertas plastic atau kertas kilat.
      5.         Gunakan tulisan jenis ‘Century Gothic’ dan saiznya terkawal.

B.         ISI KANDUNGAN
1.         Perkataan yang dipilih adalah dalam pengalaman murid.  Pemilihan dibuat dengan teliti, dikawal dan diperingkatkan.
2.         Tiap-tiap perkataan yang diperkenalkan kali pertama dalam buku itu disebut ‘PERKATAAN BARU’ (New Word)
3.         Jumlah semua ‘perkataan baru’ menjadi ‘JUMLAH PERKATAAN YANG DIGUNAKAN’ (Running Words).
4.         ‘Perkataan Yang Digunakan’ diulang beberapa kali inilah yang menjadi jumlah kesemua perkataan dalam buku itu.
5.         Nisbah perulangan perkataan dalam sesebuah buku berperingkat hendaklah tidak kurang daripada 1 : 10 dan semolek-moleknya tidak melebihi nisbah 1 : 15.

PERINGKAT 1 -  BUKU 1 (Buku Pengenalan)

Buku pengenalan adalah merupakan buku-buku yang mengandungi aktiviti-aktiviti ke
arah memberikan kesediaan.  Peringkat kesediaan membaca ini merangkumi aspek-aspek perkembangan kemahiran mendengar dan bertutur, perkembangan motor, diskriminasi penglihatan dan pendengaran, pembinaan konsep serta kebolehan untuk menumpukan perhatian.

Di antara aktiviti untuk kesediaan membaca ialah:

(a)           aktiviti yang menggalakkan kanak-kanak bertutur, berbincang dan bertukar-tukar fikiran ….. ringkasnya aktiviti-aktiviti yang boleh membantu kanak-kanak menambah perbendaharaan katanya.


(b)           aktiviti-aktiviti yang memerlukan laku tangan seperti mengoyak, menggentel, melukis, menguli, menggunting, menganyam, menekap, menampal, menyusun, melukis dan sebagainya.  Dengan ini, rasa ingin tahu, minat serta tumpuan perhatian kanak-kanak dapat dirangsang dan dikekalkan.

(c)           aktiviti-aktiviti yang berkait  rapat dengan kemahiran membaca dan menulis seperti menyalin, melorek, memadankan, mengumpul, melengkapkan dan membuat turutan atau memahami urutan.

Dengan berasaskan ketiga-tiga aspek di atas, aktiviti-aktiviti tersebut boleh juga dikategorikan kepada jenis-jenis berikut:

i.              aktiviti untuk diskriminasi penglihatan:
-                      mana yang sama
-                      mana yang berbeza
-                      susunkan mengikut saiz
-                      lengkapkan
-                      orientasi kedudukan dalam ruang
-                      suaikan

ii.            aktiviti untuk diskriminasi pendengaran:
-                      bezakan bunyi (kenderaan, binatang, benda-benda)
-                      padankan bunyi yang sama

iii.           aktiviti untuk keselarasan (koodinasi) mata-tangan:
-                      melukis benda / mewarna bentuk
-                      melengkapkan gambar
-                      pergerakan kiri ke kanan
-                      mazing (mencari jalan keluar)

iv.           aktiviti untuk menyalin dan menekap:
-                      lukis dengan jari: garisan tegak, melintang, codong, melengkung, bulatan dan lain-lain.
-                      asas bentuk huruf abjad
-                      bunyi huruf vokal dan konsonan

v.             aktiviti suaikan
-                      huruf, sukukata, perkataan

vi.           aktiviti ingat kembali
-                      ingat kembali penglihatan
-                      ingat kembali pendengaran

vii.       aktiviti berkaitan dengan bentuk perkataan (configuration)


PERINGKAT 2 – BUKU 11

Merujuk kepada buku-buku pengenalan (Buku I) khususnya buku-buku aktiviti yang mirip kepada pengenalan bentuk-bentuk dan bunyi-bunyi vokal dan konsonan bergambar yang telah disediakan dan didedahkan kepada kanak-kanak, kita akan dapat menentukan beberapa senarai perbendaharaan kata yang boleh digunakan untuk menyediakan buku-buku peringkat kedua ini.

Kita dapati tiap-tiap perkataan yang digunakan dalam buku pengenalan itu mempunyai bentuknya (configuration) tersendiri.  Bila perkataan itu dilihat, kanak-kanak akan mengingat dan menghubungkannya dengan makna (berdasarkan atau berpandukan gambar-gambar yang disertakan).  Apabila kanak-kanak telah diberi cukup latihan untuk mendapatkan kemahiran mengenal atau mengecam perkatan-perkataan itu, ia akan boleh membaca sendiri.

Dengan memilih perkataan-perkataan yang terkawal tadi, kita bolehlah menyediakan beberapa buah bacaan peringkat kedua.

Misalnya:

Perkataan yang telah dipilih itu ialah:
            bola,  baju,  biru,  bapa, saya, ini

            dari senarai perkataan itu kita dapati terdiri daripada beberapa sukukata seperti:

            ba,  bi,  bo,
            sa,  ni,  ru,
            ya,  pa,

            sementara vokal yang terlibat pula ialah ‘a’,  ‘i’,  ‘u’, dan ‘o’

dari senarai perkataan yang telah dipilih itu, bolehlah disediakan beberapa muka surat untuk bacaan kanak-kanak di mana  tiap-tiap muka surat itu mengandungi pemeringkatan satu huruf / sukukata / perkataan bergambar dengan diikuti oleh beberapa ayat mudah seperti:

            ini bola
ini baju
ini bola saya
ini baju bapa
ini bola biru
ini baju biru
bola saya biru
baju bapa biru
baju bapa saya biru
dan sebagainya


PERINGKAT 3 – BUKU III DAN LANJUTAN

Dengan berpandukan beberapa buah buku peringkat kedua, sewajarnya kita akan dapat pula menentukan bukan sahaja senarai perbendarahaan kata yang telah didedahkan, bahkan juga boleh pula mengambangkan untuk menghasilkan beberapa buah lagi diperingkatkan mengikut jumlah perkataan yang terlibat atau topik-topik yang tertentu – yang bersesuaian dengan kebolehan, minat dan objektif pengajaran di dalam kelas. 

Selain daripada menyediakan buku-buku yang berlandaskan senarai perbendaharan kata yang terdapat di dalam buku-buku awal, kita juga boleh menyediakan beberapa buku lain yang mengandungi bahan-bahan seperti cerita, berita, penerangan, pantun, puisi, teka-teki dan sebagainya mengikut tahap-tahap kemampuan murid untuk membaca dan memahaminya.



MASALAH-MASALAH DALAM BACAAN.

Kemahiran yang patut ada pada kanak-kanak:
1.    Kenal bentuk huruf
2.    Tahu bunyi huruf
3.    Tahu nama huruf

Masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak:
a.    Bentuk huruf
Huruf kecil yang seakan-akan sama bentuknya.
Contohnya :
a – o
c - e
n - m
n - h
n – r
f – t
r – t
i – j
b – p
y – g
g - q




                   
Huruf terbalik.
Contohnya :
b – d
p – q
u – n
m - w


b.    Bunyi huruf yang seakan-akan sama
Contohnya:

t - d
b – p
n – m
j – g
s – c
s – z
i - e


Konsonan bergabung (DIGRAPH)
Contohnya:
ny
ng
sy
kh


c.     Keliru nama-nama huruf yang seakan-akan sama bentuk:
Contohnya :
y – g
s – z
f - t



Menyebut nama-nama huruf mengikut telor bahasa ibunda
Contohnya :
           
o – wo
i – yel
m – yem
r – ar
z - jed


            HURUF BESAR

a.    Bentuk huruf yang seakan-akan sama
Contohnya :

D – B
I – L
N – M
E – F
J – T
O - Q



Huruf  terbalik
Contohnya:
Z – N
W – M
T - L


Keliru menamakan huruf  besar dan huruf kecil kerana bentuk yang berubah
Contohnya :
A – a
B – b
D – d
E – e
G – g
R - r


           


PERINGKAT SUKU KATA

a.    Tidak boleh mengadun/ membatang sukukata terbuka/ tertutup
Contohnya :
pin/tu
ting/kap
ar/nab
an/jing
te/lur
b.    Keliru membunyikan sukukata yang melibatkan  ‘e’taling/pepet
Contohnya :
sepak - sepak
perang - perang


c.     Tidak membunyikan perkataan dengan betul setelah mengeja/membatang   
Sukukata.
Contohnya:
gali – jali
buku – kubu
makan - ikan

    
d.    Salah memecahkan / membatang sukukata.
Contohnya:
langit – lan/git
bunga – bun/ga


e.     Tidak boleh membunyikan sukukata vk di awal perkataan
Contohnya:
arnab
anjing
unta
empat


f.      Tidak boleh membatang perkataan yang mengandungi banyak suku kata
Contohnya:
sekolah
selekoh
belalang
bertumbuk


g.     Keliru membatang perkataan yang mengandungi DIFTONG/Vokal
berganding.
Contohnya:
main
buih
jauh
lalai
surau

h.    Tidak boleh membunyikan perkataan yang mengandungi digraph di awal
Contohnya:
nyamuk
nyanyi
syarat
nganga
nyonya

i.      Tidak boleh membatang sukukata yang melibatkan imbuhan ‘me’
Contohnya :
                    
men- menyala
me- memakai
mem- membeli
meng- menggali













KESUKARAN DALAM PENGAMATAN KE ARAH BACAAN

Kemahiran-kemahiran yang patut ada  ialah:

Menyebut perkataan dengan betul dan lancar tanpa MENGUBAH,
MENGGANTIKAN, MENAMBAH

Masalah yang dihadapi:

1.            Boleh mengeja tetapi tidak boleh membunyikan.
2.            Mengeja sebelum membaca.
3.            Boleh membatang sukukata tetapi gagal menyebut  perkataan.
4.            Menggantikan bunyi sukukata dalam perkataan.
5.            Menggugurkan bunyi-bunyi sukukata dalam perkataan.
Contohnya:           kerana – kena,                        bahagi – bagi

6.            Salah menyebut perkatan yang seakan-akan rupanya.
Contohnya:           sekolah            -           selekoh
                              pada                -           bapa
                              kelapa -           kepala
                              rumput            -           rambut

7.            Keliru ejaan Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris.
Contohnya:           cat       -           ket
                              jam      -           jem
                              air        -           er

8.            Salah menyebut / membunyikan perkataan yang seakan-akan sama.
Contohnya:           lari       -           jari
                              duri     -           turi
                              dalam  -           talam

9.            Menyebut perkataan mengikut loghat.
Contohnya:           cawan  -           cawang
                              air                    -           ayer
                              rumah             -           ruma
                              ambil               -           ambik



KESUKARAN MEMBACA PERINGKAT AYAT

GANTIAN

Kelemahan ini ialah kelemahan dalam mengenal kedudukan huruf atau sukukata dalam perkataan dan membuat kesilapan pandangan.  Selalunya pada pangkal, tengah atau hujung perkataan.

Contoh:                       padat   -   dapat,           bahagi -  bagi,           seluar  -  selalu
                                    simpan  - sampai,         percakapan  - cakap

TERTINGGAL

Kelemahan ini mungkin disebabkan kesilapan pandangan, pengecaman yang kurang tepat atau tajam.

Contoh:           Saya suka main bola …  saya main bola.
                        Emak pergi ke pasar membeli ikan …  Emak pergi pasar beli ikan.

PEMBALIKAN PERKATAAN

Kelemahan ini disebabkan oleh kelemahan pergerakan mata dari kiri ke kanan dan kurangnya tumpuan perhatian pada perkataan yang dilihat.  Mungkin juga kelemahan ini berpunca dari otot-otot mata yang kurang menguasai pergerakan mata, lantaran masih kurang matang.

Contoh pembalikan:               saku  -  suka,              besar  - beras, luka  - laku

MENGULANG

Di antara sebab-sebab berlakunya ialah:
          I.    Lambat mengenal huruf
        II.    Tidak tahu membunyikan sukukata
       III.    Lambat mengecam perkataan
       IV.    Lambat pergerakan mata
        V.    Mengeja perkataan mengikut sukukata
       VI.    Tidak tahu membatang sukukata
     VII.    Gagal memahami bahan bacaan
    VIII.    Mengalami perasaan takut/gugup

MERANGKAK
Kelemahan ini timbul apabila kanak-kanak mengambil masa untuk melihat tiap-tiap perkataan satu persatu, tiap-tiap sukukata satu persatu dan tiap-tiap huruf satu persatu hingga melambatkan bacaannya.
Kadang-kadang mereka mengambil masa untuk mengeja mengikut bunyi sukukata-sukukata yang terlibat barulah menyebut perkataan itu seluruhnya.
Contohnya: Saya ada baju baru
                    Es ay (sa) wai ay(ya) a (say a )
                    Ay(a) di ay (da) ( ada)
                    Bi ay (ba) jay yu(ju) ( baju)
                    Bi ay (ba) ar yu( ru)(baru)
                    (saya ada baju baru
Membaca mengikut loghat
Contohnya : Kucing suka makan ikan
                     - Kucing suka making ikang.